Ulang tahun perkahwinan
Wednesday, January 18, 2012
Thursday, March 18, 2010
Di Ilhamkan Oleh Noriza at 10:38 PM 0 comments
Jalan-jalan cari makan..........
Restoran Idaman Sayang T.U
Ayam Penyet......
Semua menu sodapppppppp...
Anak manja ayah................
Di Ilhamkan Oleh Noriza at 10:25 PM 0 comments
Sunday, January 17, 2010
Hikmah 7 Ayat
HIKMAT 7 AYAT | ||
Menurut tafsir Hanafi, barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih-buih laut.
|
Di Ilhamkan Oleh Noriza at 6:46 PM 0 comments
Labels: Hikmah 7 Ayat
Tip Kebahagian Rumahtangga
8P Tip kebahagian rumahtangga
2. P kedua ialah 'peluk' yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P ketiga ialah 'penghargaan' di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. P keempat ialah 'perhatian' yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. P kelima mewakili 'persefahaman' kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. P keenam membawa maksud 'pergaulan' iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. P ketujuh adalah 'percutian' di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.
8. P yang terakhir ialah 'permohonan' iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
Di Ilhamkan Oleh Noriza at 6:43 PM 0 comments
Labels: 8P Tip Kebahagian Rumahtangga
6 Perkara Mendorong Seseorang Mengumpat Menurut Imam Al-Ghazali | ||
Sikap suka mengumpat atau menceritakan keburukan dan kelemahan orang lain dilaknat oleh Allah SWT. Mereka yang bersikap demikian, secara disedari atau tidak mencela dan mengaibkan orang lain yang hukumnya berdosa besar. Ketika berbual, sama ada secara sengaja atau tidak, mereka menceritakan keburukan ketuanya, jiran, saudara mara dan orang yang lalu di hadapan mereka. Firman Allah SWT bermaksud : "Hai orang yang beriman, kalau datang kepada kamu orang jahat membawa berita, periksalah dengan saksama supaya kamu jangan sampai mencelakakan suatu kaum yang tidak diketahui, kemudian kamu menyesal di atas perbuatanmu itu." (Surah al-Hujurat, ayat 6) Sabda Rasulullah SAW seperti yang diriwayatkan oleh Al-Thabrani daripada Abu Hurairah RA bermaksud : "Yang paling dikasihi Allah antara kamu ialah mereka yang baik akhlaknya, merendah diri, suka pada orang dan disukai orang. Dan yang paling dimarahi Allah ialah mereka yang membawa fitnah, mencerai beraikan di antara sesama saudara dan mencaci orang yang tidak bersalah." Imam al-Ghazali ada menyebut ENAM perkara yang mendorong seseorang itu mengumpat : - 1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan yang memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam. 2. Suka mendengar dan mengikuti perbualan orang yang menyerang peribadi dan kehormatan seseorang; 3. Mahu bersaing dan menonjolkan diri dengan menganggap orang lain bodoh dan terlalu rendah. 4. Iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya, seperti dinaikkan gaji dan pangkat. 5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan kelemahan dan kecacatan hingga mengaibkan orang lain. 6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah kepada orang lain. |
Di Ilhamkan Oleh Noriza at 6:28 PM 0 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)