Ulang tahun perkahwinan
Friday, January 15, 2010
Di Ilhamkan Oleh Noriza at 11:50 PM 0 comments
1. Surah Al-Fatihah Ibu Segala Doa, Penawar Segala Masalah
2. Doa Agar Menjadi Hamba Yang Taat
Surah Al-Baqarah Ayat 127-128
3. Doa Semasa Ditimpa Musibah
Surah Al-Baqarah Ayat 156
4. Doa Untuk Kebaikan Dunia Akhirat
Surah Al-Baqarah Ayat 201
5. Doa Agar Diberi Kesabaran Dan Kekuatan
Surah Al-Baqarah Ayat 250
6. Ayat Al-Kursi: Untuk Menghindari Perbuatan Pukau Dan Sihir
Surah Al-Baqarah Ayat 255
7. Ikrar Orang-Orang Beriman
Surah Al-Baqarah Ayat 285
8. Memohon Keampunan Atas Kekurangan Diri
Surah Al-Baqarah Ayat 286
9. Memohon Ketetapan Hati Dalam Hidayah
Surah Ali-‘Imran Ayat 8
10. Doa Untuk Mendapatkan Semula Barang Yang Hilang
Surah Ali-‘Imran Ayat 9
11. Doa Memohon Keampunan
Surah Ali-‘Imran Ayat 16
12. Doa Agar Dapat Membayar Hutang
Surah Ali-‘Imran Ayat 26-27
13. Doa Untuk Bayi Yang Baru Dilahirkan
Surah Ali-‘Imran Ayat 36
14. Doa Untuk Mendapat Zuriat
Surah Ali-‘Imran Ayat 38
15. Doa Agar Tergolong Dalam Kalangan Orang Beriman
Surah Ali-‘Imran Ayat 53
16. Doa Pada Kenderaan Bermasalah
Surah Ali-‘Imran Ayat 83
17. Doa Memohon Pertolongan Semasa Menghadapi Musuh
Surah Ali-‘Imran Ayat 147
18. Doa Apabila Menghadapi Tekanan Dan Stress
Surah Ali-‘Imran Ayat 173
19. Doa Golongan Syuhada Ketika Memasuki Syurga Allah S.W.T.
Surah Ali-‘Imran Ayat 193-194
Maksudnya,
“Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya kami telah mendengar seorang Penyeru (Rasul) yang
menyeru kepada iman, katanya: Berimanlah kamu kepada Tuhan kamu, maka kami pun
beriman. Wahai Tuhan kami, ampunkanlah dosa-dosa kami, dan hapuskanlah daripada kami
kesalahan-kesalahan kami, dan matikanlah kami bersama orang-orang yang berbakti. Wahai
Tuhan kami! Berikanlah kepada kami pahala yang telah Engkau janjikan kepada kami melalui
Rasul-rasul-Mu, dan janganlah Engkau menghinakan kami pada hari kiamat. Sesungguhnya
Engkau tidak memungkiri janji.”
20. Doa Agar Selamat Daripada Golongan Yang Zalim
Surah Al-Nisa’ Ayat 75
Di Ilhamkan Oleh Noriza at 8:06 PM 0 comments
Labels: Surah Amalan
10 Surah yang Mujarab dari Nabi Muhammad s.a.w 1. SURAH AL-FATIHAH Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya'Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu. 2. SURAH YAASIN Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT. 3. SURAH AT-DHUHAN Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di 4. SURAH AL-WAQI'AH Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada tiap-tiap malam, insya'Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya'Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat As ar, insya'Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah : "Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya. 5. SURAH AL-KHAUTHAR Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya'Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya. 6. SURAH AL-KHAAFIRUUN Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita. 7. SURAH Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya'Allah, akan terselamat dari azab kubur.. 8. SURAH AL-IKHLAS Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : "Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an." Siti Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu." Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya." Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., "Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : "Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat." 9. SURAH Siti Aisyah menerangkan : "Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali. 10. SURAH AN-NAS Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati |
Di Ilhamkan Oleh Noriza at 8:04 PM 0 comments
Labels: Surah Mujarab
Hari ni sibuk sikit jadual aku.... coz buat kek hari lahir untuk cucuku Batrisyah .... ha! jangan tak caya aku dah ada cucu.....
Di Ilhamkan Oleh Noriza at 3:47 AM 0 comments
Sunday, January 10, 2010
Thursday, January 7, 2010
Kek Coklat Brownies
Bahan-bahannya:
450 gram mentega
600 gram gula pasir
8 biji telur
450 gram tepung gandum
15 gram serbuk penaik
100 gram serbuk koko
11/2 tin susu pekat
300 gram kacang walnut
600 gram coklat -topping
500 gram kepingan coklat
1/2 liter krim putar Sedikit mentega
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul sehingga kembang.
3. Gaulkan serbuk koko bersama susu pekat sehingga bercampur rata/sebati.
4. Masukkan ke dalam adunan yang pertama tadi. Sambil itu gaulkan tepung, serbuk penaik dan
kacang walnut di dalam mangkuk yang berasingan sehingga rata.
5. Campurkan ke dalam adunan tersebut dan gaul rata.
6. Setelah adunan siap tuangkan ke dalam acuan yang telah dilenserkan dengan mentega dan dialas
dengan kertas minyak.
7. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C - 190°C selama 50 minit.
8. Hiaskan mengikut kesukaan.
450 gram mentega
600 gram gula pasir
8 biji telur
450 gram tepung gandum
15 gram serbuk penaik
100 gram serbuk koko
11/2 tin susu pekat
300 gram kacang walnut
600 gram coklat -topping
500 gram kepingan coklat
1/2 liter krim putar Sedikit mentega
Cara membuatnya:
1. Pukul mentega dan gula hingga sebati.
2. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil terus memukul sehingga kembang.
3. Gaulkan serbuk koko bersama susu pekat sehingga bercampur rata/sebati.
4. Masukkan ke dalam adunan yang pertama tadi. Sambil itu gaulkan tepung, serbuk penaik dan
kacang walnut di dalam mangkuk yang berasingan sehingga rata.
5. Campurkan ke dalam adunan tersebut dan gaul rata.
6. Setelah adunan siap tuangkan ke dalam acuan yang telah dilenserkan dengan mentega dan dialas
dengan kertas minyak.
7. Bakar di dalam ketuhar pada suhu 180°C - 190°C selama 50 minit.
8. Hiaskan mengikut kesukaan.
Di Ilhamkan Oleh Noriza at 9:37 PM 0 comments
Labels: Resepi Kek Coklat Brownies
Kek Marble Keju
Bahan-bahannya:
4 kg keju krim
1 kg gula pasir
125 gram tepung jagung
19 biji telur
13 biji telur kuning
1.7 ml krim putar
500 ml coklat cair
Bahan untuk base:
200 gram coklat cip
100 gram mentega
300 gram biskut marie – dihancurkan
Cara membuat base:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam mesin pengadun dan gaulkan rata.
2. Setelah siap angkat dan masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan supaya ia mampat.
Cara membuat kek:
1. Pukul krim keju bersama-sama gula sehingga lembut dan kembang.
2. Masukkan kuning telur dan telur dan pukul hingga kembang dan sebati.
3. Campurkan tepung jagung dan krim putar dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan ke dalam adunan yang pertama tadi dan gaul rata.
5. Setelah sebati keluarkan dari bekas adunan dan masukkan ke dalam acuan yang telah dialaskan dengan campuran biskut dan mentega.
6. Tuangkan coklat cair ke atas kek dan kacau sedikit dengan menggunakan lidi atau kayu penyepit.
7. Bakar pada suhu 150°C selama 40 minit. Alas dulang pembakar dengan dulang berisi air.
4 kg keju krim
1 kg gula pasir
125 gram tepung jagung
19 biji telur
13 biji telur kuning
1.7 ml krim putar
500 ml coklat cair
Bahan untuk base:
200 gram coklat cip
100 gram mentega
300 gram biskut marie – dihancurkan
Cara membuat base:
1. Masukkan kesemua bahan-bahan tadi ke dalam mesin pengadun dan gaulkan rata.
2. Setelah siap angkat dan masukkan ke dalam acuan dan tekan-tekan supaya ia mampat.
Cara membuat kek:
1. Pukul krim keju bersama-sama gula sehingga lembut dan kembang.
2. Masukkan kuning telur dan telur dan pukul hingga kembang dan sebati.
3. Campurkan tepung jagung dan krim putar dan kacau hingga sebati.
4. Masukkan ke dalam adunan yang pertama tadi dan gaul rata.
5. Setelah sebati keluarkan dari bekas adunan dan masukkan ke dalam acuan yang telah dialaskan dengan campuran biskut dan mentega.
6. Tuangkan coklat cair ke atas kek dan kacau sedikit dengan menggunakan lidi atau kayu penyepit.
7. Bakar pada suhu 150°C selama 40 minit. Alas dulang pembakar dengan dulang berisi air.
Di Ilhamkan Oleh Noriza at 9:27 PM 0 comments
Labels: Resepi Kek Marble Keju
Subscribe to:
Posts (Atom)


















